Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan Tuan/Puan boleh mengambil BB1M sebanyak RM 250 di Pejabat CGS mulai 12/03/2014.
Untuk makluman pihak Tuan/Puan, Pejabat CGS akan dibuka pada 15 Mei 2014 (Sabtu) dan 16 Mei 2014 (Ahad). Justeru itu, diharapkan pihak Tuan/Puan menggunakan peluang ini untuk mengambil Baucer tersebut. Hanya pelajar -pelajar berstatus AKTIF sahaja yang menerima BB1M ini.
Tuan/Puan tidak dibenarkan untuk menghantar wakil untuk mengambil Baucer ini dan tamat akhir pengambilan BB1M adalah 30 Jun 2014.
Mereka yang tidak tersenarai dalam Batch ini, sila pastikan status pelajar adalah aktif dan maklumkan Nama; No. IC, No. Matrik, Nama Kursus Pengajian, Tahap Pengajian dan Tahun / Semester Pengajian bagi membolehkan pihak CGS memohon BB1M kepada KPT. Tarikh akhir untuk memaklumkan kepada CGS adalah 25 Mac 2014.
Sila rujuk lampiran dibawah untuk pengesahan nama Tuan/Puan.
Harap maklum
No comments:
Post a Comment